Timbang berat blog seperti satu keperluan yang kita perlu jaga. Ini disebabkan beberapa perubahan atau penambahan yang kita buat pada blog terkadang akan menambahkan lagi berat blog kita. Seeloknya sekali dalam sebulan kita haruslah semak blog kita ini. Pastikan jangan sampai melebihi 150KB (setahu Mia untuk pengguna platform blogspot). Kalau dah terlebih, perlu buang mana sahaja widget atau coding luar yang tidak berkenaan.

Pentingnya blog yang ringan dan cepat loading, supaya memudahkan pengunjung yang mempunyai capaian internet yang lambat, masih boleh buka blog kita lagi. Kalau berat dan lambat loading, sudah tentu pengunjung tidak selesa dan mungkin malas menunggu semasa blog kita loading. Sayangnya..

Jadikan rutin menimbang blog ini ibarat kita menimbang berat badan. Kalau dah terlebih, tentu sibuk nak kuruskan bukan? Hah... macam itulah ceritanya.

Jom semak kat bawah ini, masukkan URL blog ke dalam kotak yang disediakan dan klik Semak!



Domain / URL Yang Ingin Disemak 

Masukkan satu URL dalam satu baris (Maksimum sehingga 10)




(contoh : www.mialiana.com)



Keputusan blog Mia...
Masih slim dan ringan dengan saiz 104.51 KB.

Kalau dah semak, harap dapat terima keputusannya dengan tenang.  Senyumlah sedikit. Agak-agak kalau tidak puas hati, bolehlah belek-belek blog itu dan fikirkan mana yang paling sesuai untuk dibuang.

Selamat mencuba ya... Lagi ringan lagi bagus... (^_^)

form dari iwebtools ini masih boleh digunakan lagi... terima kasih pada Deno yang maklumkan pada Mia...