Sesekali bila kita berblog ni, perlulah ambil berat dan kenalpasti juga hari dan waktu paling ramai trafik pengunjung datang ke blog kita. Selalunya hari bekerja yang paling ramai pengunjung bagi blog ini. Tidak hairanlah kenapa kadang-kadang ada blogger yang buat segmen pendek pada hari Sabtu dan Ahad dan juga update blog dengan informasi semasa bagi mendapatkan trafik pengunjung dari carian enjin.

Apa yang Mia nak sampaikan di sini ialah blogger perlu ambil peluang ini untuk update entri blog.

Kalau di blog ini, trafik pengunjung yang teramai ialah hari Isnin sehingga Jumaat antara waktu pagi sehingga petang. Dalam masa ini selalunya Mia akan keluarkan 2 atau 3 entri.

Cuma kalau update entri di waktu malam mungkin tidak ada ramai pengunjung, tetapi update sajalah sekurang-kurangnya pengunjung yang datang blog kita pada waktu itu akan terasa dihargai yang kita pun ambil berat pada mereka.

Apa-apa pun kita update sajalah dan jangan biarlah pengunjung ternanti-nanti entri terbaru dari kita..

bebelan biasa.... no heart feeling...