Dalam bulan April ini, Mia ada selesaikan satu kes blog yang bila dibuka akan pergi ke URL lain (redirect) apabila dibuka secara mobile.

Apabila dibuka menggunakan pc atau laptop, boleh pula. Tuan punya blog bisnes ini terlalu risau dan minta pertolongan Mia. Dalam beberapa hari juga baru boleh Mia selesaikan. Maklumlah masa nak mengadap itu perlukan ketelitian dan ketenangan. Last choice kalau tak boleh juga terpaksa tukar kepada blog template yang lain.

Cubaan yang pertama, tidak berjaya. Esoknya, masa cubaan kedua berjaya pula.

tentu stres kan bila keluar ini

Apa yang Mia buat ialah buang dulu beberapa widget yang tidak penting. Kemudian lihat pada coding blog. Didapati di bahagian footer ada coding yang pelik yang tidak boleh dibuang melalui layout (kerana macam di hard coded) kecuali dibuang secara manual. 


Akhirnya, blog http://shoppingdjari2u.blogspot.com dapat dibuka secara mobile dengan blog template yang sama. Tak perlu tukar kepada blog template yang lain. Leganya...

mood troubleshooting...

Entri berkaitan :
- Masalah blog tidak boleh dibuka tetapi redirect ke URL lain