Eh... percaya lah ada sebilangan blogger yang malu untuk berkawan. Malu nak mulakan dulu. Malu nak tinggalkan jejak melalui kotak komen atau shoutbox. Malu nak berkenalan dengan blogger. Pendek kata, malu semuanya. Ada juga blogger yang malu. Alahai... kalau macam ni lah jadinya alamat tak ada pengunjunglah blog dia... tak ada follower... tak ada rakan blogger... Takkanlah nak tunggu orang lain datang blog kita... macam ini susahlah nak maju blog tu..

Cuba fikirkan balik apa motif kita berblog? Nak berkongsi maklumat, bukan... Bukakan minda, fikir yang positif, join komuniti blogger, kenalkan blog pada luar, blogwalking lah ke blog-blog lain, mesrakan diri supaya senang didekati. Sudah tentu akan bertambah ramai kenalan blogger. Jangan terlalu memilih kawan blogger. Anggaplah semuanya sama supaya kita tidak dicop sombong. Sentiasa bayangkan ramai lagi blogger kat luar sana tu yang masih belum kita kenali.

Mia hanya berkongsi pandangan saja. Tapi kalau datang blog ini, jangan malu-malu ya...

 tiba-tiba teringat masa mula-mula berblog dulu.. ai is malu...