Perasan tak sekarang ini makin ramai blogger yang dah letak captcha jika kita ingin tinggalkan jejak di shoutbox mereka. Bagus ni boleh elakkan aktiviti spamming ke atas shoutbox.

Faham-faham je la kan... bila dah blogwalking di akhir bulan. Agak semput sikit. Memandangkan kuota broadband pun dah nak sampai di tahap hujung. Jenuh juga nak tunggu kotak shoutbox keluar dan captcha keluar. Kena banyak bersabar. Pula tu... bila blogwalking banyak blog, rasa macam lecehnya nak taip perkataan captcha. Tu pun ada yang Mia tersalah taip.

Minta maaflah kalau ada yang perasan Mia blogwalking ke blog dia tapi tak tinggalkan jejak kat shoutbox. Hanya komen sahaja di entri. Mana tahu.. kot-kot terasa hati ke....

mood blogwalking awal pagi...