Bersambung dari kisah Hotel Silka Johor Bahru : Menu Sarapan Pagi Hari Kedua (Sabtu 22 Mac 2014), selepas bersarapan kami pun pergilah jalan-jalan ke Mall of Medini dan Legoland. Kami parking kerata agak jauh dan terpaksalah berjalan kaki ke Mall of Medini. Guna kad touch n go untuk parking. Senang sedikit.

Ala-ala santai nak bawa Sofea jalan-jalan tapi tak masuk ke dalam Legoland. Terlalu ramai sangat orang, maklumlah sedang cuti sekolah. Lagipun, Sofea baru sahaja baik demam jadi hanya lepak kat luar saja.

Jom tengok...












Cuaca tersangatlah terik dan panas. Cepat betul rasa haus dan letih. Terasa sekejap masa berlalu dah sampai tengahari. Masa untuk balik ke hotel untuk makan tengahari dan sebelah petang pula untuk aktiviti berenang.

meriah sangat tempat ni....