Entri santai di malam hari. Saja Mia nak cerita tentang selfie. Harap jangan disalah anggap. Sebenarnya best juga bila dapat berselfie ni. Boleh hilang segala stres sebab kita rasa happy sangat.

Kalau selfie via handphone tu biasalah kan. Tetapi kali ni nak cerita tentang 2 jenis selfie yang famous ni..


Selfie via monopod. Kalau tak ada monopod tak boleh bergambar cara selfie yang macam ini. Wajib ada monopod. Kalau rajin boleh DIY sendiri tapi kena buat dengan betul, jangan sampai handphone jatuh ya. Bila ambil gambar beramai macam ini, kena pandai adjust, kalau tak.. ada yang tak masuk dalam gambar. Selfie cara ini tersangat famous sekarang sampai terasa kalau tak ada satu macam tak lengkap diri ini.


Selfie via mirror. Menggunakan refleksi dari cermin. Cara ini sekarang sudah kurang popular selepas selfie via monopod semakin famous. Selalunya wajib ada cermin barulah menjadi selfie yang cara ini. Senang nak adjust selfie jenis ini. Paling kerap dilakukan di dalam bilik air atau restroom di mana adanya cermin besar.

Antara dua ini, yang paling trend sekarang ini ialah selfie via monopod...

selamat bermonopod ya....