Kalau Mia tak kerja.. Mia akan terbangun dalam pukul 4.30 pagi dan akan mengadap blog sehingga pukul 6.00 pagi. Dah macam waktu belajar pula. Otak terasa segar bila dah bangun.

Bila ngadap blog ni.. rasa relaks dan tenang aja. Terapi stres yang berkesan buat Mia. Baca komen-komen dari pengunjung, blogwalking, cari idea nak update apa untuk satu hari ni, buat entri autopost kalau rasa tak sempat nak update di siang hari nanti dan macam-macam lah boleh buat. Juga perancangan aktiviti untuk blog pun fikir pada masa ini. Berangan entah apa-apa.. Masa dalam satu jam atau satu jam setengah ini memang digunakan sepenuhnya.

Inilah rutin bagi seorang blogger separuh masa seperti Mia. Memang masa begitu mencemburui. 

selamat pagi semua...