Sebenarnya minggu ini mood kerja Mia memang ke laut. Tak tahu kenapa. Sungguhpun ke laut, tapi kerja tetap buat walau tak happy. Mungkin sebab tekanan dari beberapa pihak yang membuatkan Mia macam ni sehinggalah timbulnya puisi di SINI. Kadang kita buat betul-betul, orang ingat kita main-main. Susah nak cakap mulut orang ni. Pantang tengok orang lain senang. Jeles kuat sangat. Macam ni lah kerja kerajaan. Masalah dengan orang yang pelbagai karenah menyakitkan. Depan baik. Di belakang ke laut habis.

Mia dah lama kat sini sejak tahun 2005, kisah lama boleh baca SINI.

Bukan Mia tak cuba mohon kerja tempat lain. Dah melambak dah. Belum ada rezeki naik gred 41. Namun Mia teruskan kerja kat sini. Kuatkan semangat dan tabah. Mana-mana tempat memang ada masalah tapi sekurang-kurangnya kalau kat tempat baru mungkin kita boleh belajar benda baru, budaya kerja baru dengan nafas dan semangat baru. Tak ada lah duduk kat takat ni je. Tak berkembang-kembang.

Last choice mungkin akan ke sektor swasta kalau betul-betul tak mampu nak hadapi dugaan kat sini lagi.

sekadar luahan... doa setiap hari agar dipermudahkan urusanNya...