Review Gelang Penghalau Nyamuk Bugslock

Wahhhh... best tau bila pakai gelang penghalau nyamuk Bugslock ini semasa Mia sekeluarga pergi ke Taman Negara Johor Tanjung Piai Pontian. Seronoknya bila dapat bawa Sofea berjalan-jalan di kawasan Taman Negara Johor yang penuh dengan suasana ketenangan dan pemandangan serba hijau dengan hutan simpan paya bakau. Luas sangat kawasannya. Lebih seronok bila tiada gangguan nyamuk atau agas di situ. Betul-betul berkesan bila pakai di pergelangan Mia, Suami Mia dan Sofea.


Sesuai sangat untuk kami bertiga

Ada dalam warna coklat, hijau dan kuning

Tidak perlu risaukan anak takut digigiti nyamuk.

Selesa bila menggunakannya.

Terbaik..



Apa itu Gelang Penghalau Nyamuk Bugslock?


Deet Free
Non Toxic
Mosquito Repellant Band
Bugslock Perfect For The Whole Family


Hah... tengok saja sudah tahu kan. Tentulah kegunaannya untuk menghalau nyamuk. Ditambah pula dengan 100% aroma semulajadi Citronella Oit (serai wangi). Produk ini berbentuk gelang yang menghalau nyamuk dari mendekati kita. Cara nak gunanya pun senang boleh dipakai di pergelangan tangan atau kaki. Tidak perlu bimbang ianya boleh dilaraskan mengikut saiz. Boleh digunakan oleh semua peringkat umur dan ianya selamat. Boleh juga guna untuk bayi. Gelang penghalau nyamuk Bugslock ini tidak mengandungi bahan-bahan toksid.



Satu utas gelang penghalau nyamuk boleh digunakan sehingga 240 jam. Selepas guna boleh simpan balik ke dalam bekasnya. Ada zip bagi memudahkan penyimpanan jika tidak diguna dan bagi mengekalkan aromanya ke tahap yang maksima.



Sekitar 2 juta orang dilaporkan meninggal akibat malaria setiap tahun. Sebab utamanya adalah peningkatan jumlah nyamuk akibat pemanasan global dan kemusnahan alam semula jadi. Pembiakan nyamuk semakin meningkat dan jangka hayat nyamuk semakin panjang kerana semakin kondusif sekitar untuk hidup. Dengan kes-kes denggi semakin meningkat di negara ini, ia adalah penting untuk melindungi diri dan anak anda daripada nyamuk aedes. Untuk tidak terus merosakkan alam semula jadi melalui penggunaan pelbagai jenis racun serangga dengan kandungan kimia dan lagi mengekalkan keberkesanannya menghalau gigitan nyamuk, satu produk Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang inovatif telah dihasilkan di Korea dan kini boleh didapati di Malaysia.

Bertukarlah kepada gelang penghalau nyamuk Bugslock jika anda menyayangi diri dan ahli keluarga anda.

Satu utas gelang berharga RM13. 
Boleh beli secara online di << SINI >>


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi,

Malaysia Bugslock
X Cube Enterprise

Fanpage :  https://www.facebook.com/gelangpenghalaunyamuk
WhatsApp & Line : 016 4858235

katakan tidak kepada nyamuk!