Dah lama kan.. Mia tak cerita tentang kisah Mia mendidik blogger protege. Setakat ni dah ada 5 orang termasuk Deno. Kalau rajin belek entri-entri sebelum ini kat label Diari Mentor tentu tahu kisah perjalanan Mia mendidik blogger protege.


Nak buat macam mana... dah ada dalam diri Mia suka nak mendidik. Hmmmm... nak beritahu ni, dalam diam Mia dah ada calon protege baru untuk tahun depan. Macam surprise je kan... Tapi Mia belum bersedia nak umumkan dulu. Nak tengok calon tu, boleh ke.. sanggup tak.. nak jadi protege Mia.

Mia ni... bukannya bagus sangat. Tapi.. Mia suka berkongsi pengalaman dan didik berdasarkan pengalaman yang Mia ada. Tak dapat nak capai target Mia pun tak apa, asalkan ilmu itu dapat dipergunakan sepenuhnya.

Yang penting, jangan sombong dan lupa diri bila dah berjaya nanti. Buang jauh-jauh yang ni ya...

calonnya... seorang wanita yang sudah berkahwin...