Semalam yang sibuk teramat, balik rumah terus lepak. Sebabnya... semalam ada aktiviti mengemas stor dengan 3 orang pelajar praktikal. Seronok kemas ramai-ramai ni. Akan lebih mesra dengan mereka. Sebagai penyelia, Mia takkan biarkan mereka. Mia akan buat sama-sama dengan mereka. Sweet sangat moment tu. The sweetest thing ever. Love them so much. Bayangkan kalau dah kemas stor, tentulah nak kena susun, apa yang tak patut dibuang, yang boleh diguna dimasukkan ke dalam kotak, yang nak dilupuskan diasing dan ditag. Terasa macam main lego. Sebab sentiasa fikir nak susun dengan cara yang terbaik supaya nampak luas ruangan dalam stor tu. Stor tu kecik je tak besar mana. Boleh pula susun kotak bertenggek-tenggek sampai ke atas, tenaga perempuan tidak sekuat mana tapi kalau sama-sama buat, tentu boleh. Walaupun pada mulanya rasa macam, boleh ke.. nak kemas ni...

Nampak kan... betul-betul penat ni. Dah siap mengemas, perut pun berbunyi. Mia bawa pelajar praktikal makan kat Kopitiam Giant Tampoi. Lunch tengahari kat situ.

muka orang penat mengemas

Mia makan mee kari

Tira dan Lina makan ni

Wana makan ni

Bila tiba bab makan memang heaven betul. Habis licin selamat masuk dalam perut. Alhamdulillah... kenyang...

mood syukur... stor ict dah sweet sangat sekarang ni..