Masih lagi cerita pasal kisah semalam. Selepas bertandang ke kenduri kahwin di SINI, kemudian rehat kat rumah mertua.

Kemudian, terus ke Econsave Senai untuk shopping barang keperluan dapur. Selalunya Mia asyik cerita kat Giant je kan... kali ni kita ubah selera ke Econsave Senai pula.

Bila sampai sana, ramai pula orang. Kebetulan ada pasar malam kat tepi tu. Sesak jugalah nak parking kereta.

Bila dah masuk dalam... ok juga Econsave ni. Rasanya murah dan jimat sikit harga kat sini.

Jommm tengok gambar... zasss..

Sofea suka makan buah delima. Buah favourite Mia masa mengandungkan dia. Paling kurang setiap minggu wajib ada makan sebiji buah delima. Tak kiralah besar ke kecil. Janji ada.


Masa ini troli belum penuh lagi. Mia siap nak cuba tepung gandum faiza.. first time nak cuba tepung gandum ni.

Bila troli dah penuh, Sofea terpaksa lah keluar dan jalan kaki sendiri. Alhamdulillah... dapat juga shopping barang-barang dapur yang dah nak habis.

happy shopping hour with family...