Sekarang ni... dah ramai sangat dah pengguna smartphone. Pendek kata, handphone yang boleh buka internet tu... yang boleh fb, instagram, whatsapp, twitter dan macam-macam lagi.

Dah tu, penuh storage handphone dengan macam-macam.. gambar, video, aplikasi, lagu dan lain-lain.

Tapi, kita tak pernah pun ambil kisah kat storage... ala.. tempat simpan semua benda-benda yang Mia sebut kat atas ni sama ada bersepah atau tersusun.

Jadi kat sinilah kepentingan aplikasi mobile, storage defragmenter. Eh.. jangan ingat komputer dengan laptop saja yang kena defrag.. handphone pun kena jugalah. Sayang handphone kan... (Mia lebih selesa dengan nama handphone daripada smartphone... ).

Mia tempek printscreen masa process defragmenting ke atas handphone Samsung Galaxy Note 3 Mia... weee...



Sekejap je... Tak ada lah lama sangat. Dari 11,538.96MB terus jadi 8,433.51MB. Ada beza dalam 3,105.45MB. Banyak juga ni. Kalau tak buat ni, kita dah rugi saiz storage ni.

Bila buat macam ni, kedudukan fail-fail dalam simpanan handphone akan lebih tersusun dan hanya guna storage yang sepatutnya. Mia terangkan dengan ayat yang mudah. Kalau guna bahasa komputer nanti tersalah faham pula.

aktiviti housekeeping handphone/smartphone yang kita kurang ambil berat....