Sejujurnya Mia katakan yang Mia amat rindukan saat membebel kat blog ini. Cuma tahun ini yang macam merosot sedikit prestasi ranking blog ini berikutan banyak dugaan di awal tahun. Blog kena klon lepas itu ada ads yang tidak sepatutnya ada di blog ini. Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh 4 bulan yang lepas membuatkan Mia sibuk dengan beberapa komitmen lain sehingga tak sempat nak update entri karangan bebelan Mia. Contohnya macam entri ini, Mia bebel-bebel.... pastu luahan perasaan dari hati.

Jadinya... Mia hanya sempat update entri-entri pendek dan join segmen / giveaway di samping buat giveaway whitening intensive booster skincare agar blog ini tidak sunyi sepi. Serius tau... Mia sangat-sangat rindu nak bebel macam ni...

Mia akan cuba maintain update blog seperti dulu dengan pelbagai entri dan label. Namun, Mia akan lebih menjurus pada entri ala-ala santai berdasarkan naluri dan jiwa berblog Mia.

Sayang sangat kat blog ini. Satu hari tak jenguk, rasa gelisah diri ini.

Keep in touch always.....(^_^)

rindu.. serindunya...