Memang diakui bila dah sakit gigi ni, kalau tak makan ubat... memang flat dan melepek lah jawabnya. Mia ada beritahu sebelum ini yang gigi geraham bongsu Mia tumbuh baring dan kedudukannya memang menyakitkan lebih-lebih lagi bila dia menolak gigi yang di depannya. Xray nya ada di SINI.

Dua tiga hari ini sibuk Mia survey klinik gigi swasta dulu di area Johor Bahru dan didapati memang kosnya RM800. Fiuhhh.. memang semput nak bayar ni. Mia belum pergi lagi Klinik Pergigian Mahmoodiah. Selagi tak cabut selagi itu akan kembali lagi sakitnya nanti.

Tengah kumpulkan kekuatan diri untuk cabut gigi ni. Sememangnya Mia ni penakut sikit bila tiba bab gigi. Ngerinya macam nak apa... Nak-nak bila Mia dah baca blog-blog yang ada cerita pengalaman cabut gigi geraham bongsu ni... @ wisdom tooth. Ada yang ok.. ada yang tak. Ada yang terkena saraf sehingga mengalami Paresthesia. Macam-macam lah pengalaman mereka. Mia baca pun untuk mengetahui keadaan sebelum dan selepas buat minor operation kat gigi.

blog pun tak leh nak ngadap sangat... puan blog tengah sakit gigi...