Kisah semalam, Ahad 23 Ogos 2014. Tibalah masa yang dinanti. Memang rasa debar-debar. First time join carrom tournament (pertandingan karom) di Karnival Sukan MOA 2015 kat Kubang Kerian, Kelantan. Sebelah pagi dan tengahari. 

Pagi tadi..  Mia main karom bergu dengan Nisrin melawan MARDI. Niat untuk cari pengalaman bertanding. Kalah pun tak mengapa jika dibandingkan dengan pengalaman pemain veteran yang dah berpuluh tahun. Betul-betul sharp shooter dan pandai cari angle. Teruja Mia. Sambil itu, Mia belajar melalui pemerhatian.

Tengahari tadi pula.. Mia main karom bergu dengan Saadiah melawan MOA. Pun sama juga, tewas. Namun, masih boleh berusaha untuk sukan ini 2 tahun lagi. Sedar diri ini masih belum mantap. Be positive.

Hmm.. Mia guna striker beratnya 15 gram, tetapi lepas ini Mia nak tempah striker yang beratnya 10 gram untuk lebih serius. Kena training selalu lepas ni dan belajar dari pemain otai.

Saadiah, Mira, Ekin, Lela, Mia, Nisrin



masih baru....