Ni aktiviti hari kelmarin Mia kat rumah. Selama ini memang semuanya berlonggok dalam beberapa plastik besar dan bercampur aduk koleksi toiletries yang Mia bawa balik dari hotel masa outstation. Bila nak ambil mencari macam apa..

Jadinya, bagi memudahkan sesi carian, Mia, Suami Mia dan Sofea asingkan mengikut jenis item. Lepas itu masukkan kat beg plastik dan tulis ikut item toiletries. Dah tak perlu susah-susah lagi. Lepas ni senang nak cari bila nak guna.

Ada 10 jenis item semuanya.

sanitary bag

shower cap

syampoo

bath foam / shower gel

lotion

sabun

berus gigi dan ubat gigi

razor 

conditioner syampoo

cotton buds, vanity kit, sewing kit

label sekali kat plastik

Kadang kita rasa macam benda ni remeh-temeh tapi bila dah banyak, semput juga nak cari yang kita nak guna. Boleh guna untuk travel ke mana-mana sebab packaging nya kecil dan mudah di bawa.

diam tak diam... banyak juga ni....


Sedang berlangsung :
Join sekarang di SINI.