Dari pagi tadi sampai lah sekarang, Mia tengah buat sound editing untuk background music montaj yang Mia kena buat. Bab yang paling leceh dan cerewet sebab bukan senang nak pilih lagu music background ni. Kena dengar semua baru boleh kerat part mana yang Mia nak. Ada lah banyak juga lagu soundtrack game dan movie yang Mia dah download lepas itu Mia ambil sound dia sahaja.

Hmmm... terpaksa curi masa kat rumah nak settle kan ni. Minggu depan dah boleh buat text animation, video dan gambar dan gabungkan dengan music background yang Mia buat hari ni.

Montaj dalam 1 hingga 2 minit. Tapi tulah.. bahan yang paling makan masa lama ialah pilih lagu yang sesuai supaya orang tak boring dengan mesej yang nak disampaikan. Takkan nak guna lagu yang pernah digunakan. Asyik sama nampak sangat pemalas kan...

Software yang Mia gunakan Vegas Movie Studio HD Platinum dan Sound Forge Audio Studio.


Tengah render sebagai audio mp3 kat Vegas Movie Studio HD Platinum

Edit part audio yang Mia nak dan gabungkan dengan  audio lain untuk jadi music background montaj di Sound Forge Audio Studio.

Mia buat montaj yang simple je untuk gimik perasmian satu event ofis Mia kat Sarawak hujung bulan ni di samping membuat kerja-kerja rutin yang lain di pejabat. Bayangkanlah.. masa itu amat mencemburui Mia... uwaaaaa... doakan agar Mia dapat siapkannya. amin....

minggu ni.... telinga sibuk buat kerja....