Dikongsikan di sini sekadar renungan buat kita semua. Sumber dari whatsapp group mengaji Mia.



*Hidup ini terlalu singkat*
Hingga ALLAH swt kurniakan  Lailatul Qadar untuk menambah umur amal.

*Hidup ini terlalu singkat*
ALLAH suruh kita bersedekah sebab ia boleh menanjangkan umur kita dan pahalanya berkali lipat ganda

*Hidup ini terlalu singkat*
Baca lah surah al Mulk pada setiap malam sebelum tidur kerana surah ini akan menyelamatkan pembacanya dari azab kubur

*Hidup ini terlalu singkat*
Sebarkan salam dan bagi makan dan Qiamullail di waktu semua orang tidur sudah pasti kita akan masuk syurga dengan selamat

*Hidup ini terlalu singkat*
Melangkahlah solat di masjid kerana setiap langkah akan dapat 10 kebajikan

*Hidup ini terlalu singkat*
ALLAH bersumpah dengan masa.. semua manusia berada dalam kerugian kecuali bagi mereka yang beramal soleh dan mereka yang berpesan kepada kebenaran dan berpesan dengan kesabaran

*Hidup ini terlalu singkat*
ALLAH swt pinta bersilatulrahim untuk memanjangkannya.

*Hidup ini terlalu singkat*
ALLAH swt kurniakan puasa enam syawal seperti berpuasa setahun.

*Hidup ini terlalu singkat*
ALLAH swt kurniakan Surah Al Ikhlas seperti membaca sepertiga Al-Qur'an.

*Hidup ini terlalu singkat*
ALLAH swt kurniakan solat di Masjidil Haram seperti solat 100 ribu lebih di masjid lain.

*Hidup ini terlalu singkat*
ALLAH swt kurniakan solat berjemaah 27x lebih daripada solat sendirian.

*Hidup ini terlalu singkat*
ALLAH swt kurniakan solat sunat di rumah 25x lebih daripada solat di mata orang

*Hidup ini terlalu singkat*
ALLAH swt kurniakan satu huruf bacaan Al-Qur'an dengan 10 pahala.

*Hidup ini terlalu singkat*
ALLAH swt kurniakan sesiapa yang beramal soleh/bersedekah, meninggalkan ilmu bermanfaat, tinggalkan anak yang soleh, pahala mengalir ke alam kuburnya.

*Hidup ini terlalu singkat*
Janganlah kita hapuskan pahala kita dengan hasad dengki dan mengumpat orang lain*

*Hidup ini terlalu singkat*
Janganlah kita sia-siakannya kerana setiap amalan kita akan dihisab.


** muhasabah diri......