Segmen Nak URL Blog #28 Mialiana.com

Wahhhh... baru nak buat segmen ini untuk kali pertama pada tahun 2017 ini. Seperti biasa Mia nak kumpulkan url blog yang aktif bagi tujuan blogwalking untuk Mia dan rakan-rakan bloger sekalian. Tak perlu susah payah buat entri.

Kalau ada blogger baru tu, elok sangatlah join segmen ini untuk menambahkan lagi kenalan. Tak perlu malu untuk ketengahkan diri sendiri ya...

Jadi, tunggu apa lagi. Senang saja nak join. Hanya perlu tinggalkan url blog anda di ruang komen entri ini. Segmen ini bermula sekarang dan akan tamat pada jam 11.59 malam Rabu 22 Februari 2017 (5 hari sahaja).

** jom join.... yeahhhh...