Selepas beli setem 80 sen kat Pejabat Pos Bandar Baru UDA tengahari tadi, tup-tup ada skuad perodua ERA baru sampai di medan selera makan. Alamak.. peluang yang tak boleh dilepaskan. Tengah tengok-tengok dari dalam kereta, Mia dan Adik Mia dipanggil untuk join. Siap panggil.. "Kak.. jom lah ke sini.. Nak bagi free ni".

Punya teruja... selama ini dengar kat radio saja, tapi kali ini boleh terserempak di depan mata. Ramai juga yang join termasuk yang baru lepas makan kat medan selera dan juga pelajar yang baru balik dari sekolah yang berdekatan.

Rezeki Mia hari ini. Syukur sangat. Dapat jawab soalan dan bawa pulang gifts dari Skuad Perodua ERA. Yang paling bestnya dapat jawab soalan utama, soalan terakhir dengan gift yang sangat menarik iaitu, sticker pelekat kereta Skuad Perodua Era dan produk Serai Wangi Anti-Lipas.


Jom tengok....







Sekejap saja taklah begitu lama. Dapat 2 produk Farm Fresh iaitu Mango Tango Yogurt dan Susu Segar Kurma. Kemudian dapat Kek Chiffon, Delicia Toaster Waffles, Serai Wangi Anti-Lipas dan Sticker Pelekat Kereta Skuad Perodua ERA. Tak cukup tangan pegang ni semua.


** terima kasih Skuad Perodua ERA...