Hmmm... sekadar luahan hati di saat ini. Sejak tukar template baru blog ini kepada Sora Template, Mia rasa lagi bersemangat nak update blog. Template ini 100% SEO. Jadinya, makin dapat banyak trafik datang dari enjin carian berbanding template lama sebelum ini. Pageviews pun meningkat mendadak. Entri yang lama banyak yang naik. Seronoknya.

Mia pun ada buat sedikit perubahan pada template ini untuk disesuaikan dengan citarasa Mia. Yang pastinya keputusan untuk menukar kepada template blog baru ini, telah membuahkan hasil. Kena juga ikut rentak dan trend gaya berblog sekarang ini yang serba serbinya nak pantas, cepat loading, mesra mobile, mesra SEO dan kemudahan sharing di media sosial. Takkanlah nak duduk di takuk yang lama.

Siapa kata template blog tak mainkan peranan penting? Eh.. penting sebenarnya. Konsep, design, warna template blog amat mempengaruhi mood pengunjung blog. Perasaan dan emosi pengunjung perlu dititikberatkan. 

Pesanan Mia. Kena pandai pilih template blog yang sesuai dengan blog kita sebab ada juga jenis template yang tak sesuai.

Apa-apa pun, semoga anda semua ceria dan happy selalu bila bertandang ke blog ini...

** tips simple dari Mia... (^_^) .... berubah untuk menjadi yang lebih baik... yeah...