Hmmm.... rasa macam sayang sungguh kalau tak maintain update blog. Nanti ranking dan trafik tak konsisten. Kena juga pelbagaikan jenis entri untuk potensi capaian luas pengunjung.

Jadi Mia cuba juga usahakan untuk maintain update blog secara konsisten dengan bilangan entri yang sama setiap hari. Banyak entri yang Mia buat autopost sebab tak nak lari dari schedule yang Mia dah tetapkan. Kalau tak buat entri autopost, boleh jadi tidak berupdate blog ini.

Cakap mulut memang senang. Tapi cuba buat. Mahunya baru tahu susah payah jadi blogger untuk update satu entri. Walau entri santai pun.. kalau tak ada mood dan tiba-tiba blank, tak boleh juga nak update.

Sentiasa yakinkan diri untuk memantapkan blog. Kerana blog.. ada kekuatannya sendiri.


** sedang positifkan diri untuk blog walaupun ada kekangan masa... yeahh...