Salam Maulidur Rasul buat semua pengunjung yang beragama Islam. Cuti umum hari ini.... siang tadi.. Mia dan Sofea pergi kedai kain Tekstil Nagoya di Giant Plentong Johor Bahru. Besar betul kedainya. Banyak pilihan kain pasang.

Tumpuan utama Mia pada kain pasang untuk kain sekolah. Niat di hati nak jahit sendiri kain sekolah untuk Sofea pakai tahun depan. Yang sedia ada sekarang ini dah singkat. Memang kena tukar pada yang baru.


Macam biasa. Sempatkan masa untuk selfie di depan kedai. "We've been here...."

Mujur kain pasang untuk baju, kain dan tudung sekolah berada di bahagian hadapan kedai. Terus lah Mia memilih fabrik kain yang sesuai.


Pilihan pada kain biru sekolah yang lembut dan tebal sedikit. Harganya RM7.00. Ni pun dah banyak orang beli. Nasib cukup 10 meter. Nak jahit 5 kain sekolah yang baru. Lepas ini dah boleh rancang dan mula menjahit di hujung minggu.

Selesai urusan terus pulang. Besar sangat Giant Plentong ni. Jenuh nak jalan kaki. Macam-macam kedai ada. Paling banyak.. kedai kasut. Sempat jeling-jeling juga. Kuatkan hati. Hanya beli kain pasang sahaja. Nasib belum gaji lagi.



** tak beli kain pasang untuk baju kurung putih... takut tak sempat jahit. Nampaknya beli yang dah siap je....