Sebelum ini Mia ada cerita cubaan pertama pada tahun 2016 untuk makan beras perang di SINI. Tetapi tidak diteruskan setakat habis satu pek itu sahaja.

Semalam Mia ada restock barang-barang dapur di Giant Tampoi. Buat kali pertama keluar rumah semasa PKP ini. Kali ini... azam Mia lagi kuat. Nak makan beras perang semula. Bermula hari ini. 

Makanya pagi tadi Mia unpack 2kg beras perang ecoBrown's Original dan masukkan ke dalam bekas untuk simpanan. Senang nak ambil nanti.




Usia bukan semakin muda. Kesihatan perlu sentiasa dijaga. Moga Mia berjaya teruskan makan beras perang ini... Amin....


** cubaan kedua....