Wah.. tak sangka betul. Diam tak diam. Kini, blog ini sudah mempunyai lebih 10,000 entri blog. Syukur sangat blog ini masih ada pengunjungnya yang tersendiri. Mia masih teruskan berblog seadanya walaupun terikat dengan beberapa komitmen lain, namun blog ini tetap di hati Mia.


Kalau perasan kat side bar blog ini, ada statistik untuk bilangan entri blog yang telah disiarkan. Semua entri ini hidup dan boleh diakses oleh enjin carian. Dahulu semasa bilangan entri blog sedikit dan tidak begitu banyak, Mia tak perasan sangat. Tetapi bila konsisten berblog dan apabila semakin banyak entri yang pelbagai di blog, baru nampak potensinya.

Alhamdulillah.... jutaan terima kasih buat semua pengunjung blog ini.


** cheerio.. (^_^)