Wahhh.. hari ini 1 Syawal yang dinanti. Hari pertama raya Aidilfitri di rumah sahaja. Walaupun kita sambut di rumah tapi masih lagi boleh berhubung melalui video call dengan keluarga di kampung dan Adik Mia yang berada di Brunei. Rindunya kat adik-adik, mak dan ayah Mia. Moga mereka selamat di sana. Brunei raya lambat sehari dari Malaysia.


Di kesempatan ini, Mia dan Sofea ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2021 kepada semua pengunjung blog ini yang beragama Islam. Usah bermuram durja tidak boleh balik kampung buat pertama kalinya pada tahun ini. Kita masih boleh beraya dan bertanya khabar keluarga melalui panggilan telefon dan juga video. Yang penting, kita kena jaga diri kita sendiri dalam keadaan pandemik covid 19 yang semakin membimbangkan. Raya ala norma baharu.

Kami sambut raya bertiga di rumah ini. Mia, Sofea dengan Adik Mia. Sederhana seadanya. Alhamdulillah....


** maaf zahir dan batin....