01. Sekiranya perlu, tambah garam selepas api tutup. Rasa masin akan lebih ketara dalam makanan yang kurang panas.

02. Gunakan bahan masakan yang semulajadi dan bukan yang telah diproses.

03. Banyakkan penggunaan perencah asli seperti jus limau, lengkuas, serai dan rempah-ratus.

04. Gunakan garam / kicap / sos secara sedikit dalam masakan.

05. Rendamkan bahan kering seperti ikan bilis, ikan kering dan udang kering.

06. Utamakan cara masakan berkuah / bersup kerana rasa masin akan lebih ketara dalam masakan berkuah.