image Mia Liana

Tuesday, September 19, 2017

Event Majlis Ramah Mesra Kelompok Pengusaha Nanas Negeri Johor

9/19/2017 02:48:00 PM 1 Comments

Sebenarnya awal bulan September 2017, Mia agak sibuk sedikit dan terlibat dalam persiapan untuk event Majlis Ramah Mesra Kelompok Pengusaha Nanas Negeri Johor bersama YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 14 September 2017 di Pusat Pengumpulan Nanas, Kelompok Parit Ghani, Simpang Renggam, Johor.

Mia buat design untuk kad jemputan, banner dan bunting. Nampak macam simple tapi sebenarnya agak kritikal bila melibatkan protokol kerana ianya mencerminkan imej event ini di mata luar.

Makanya... terhasillah design ini.....


Untuk banner 20' x 10'


Untuk banner 15' x 3'

Untuk bunting 2' x 5'


Alhamdulillah.. majlisnya berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua yang terlibat. Syukur sangat, design Mia nampak cantik lepas siap printing.


Majlis Ramah Mesra Kelompok Pengusaha Nanas Negeri Johor Bersama YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani di Kampung Parit Ghani Simpang Renggam Johor. YB Menteri telah berpeluang bersarapan bersama pekebun serta turun ke ladang bagi memetik buah dan menaiki 'ceketeng' ke pusat pengumpulan bagi melihat aktiviti penggredan sebelum buah dipasarkan. Seramai hampir 600 orang hadir ke majlis ini yang terdiri daripada para pekebun dan pengusaha nanas dari 19 buah kelompok di seluruh Johor di samping kehadiran masyarakat dan penduduk kampung setempat. Kelompok pengusaha nanas negeri Johor merupakan kelompok terbesar dalam negara, terdiri daripada 700 orang peserta dengan keluasan 2,024 hektar (5000 ekar). Kelompok pengusaha nanas Parit Ghani merupakan antara kelompok paling aktif, melibatkan 48 orang peserta dengan keluasan 86 hektar (212 ekar). - Fanpage LPNM






#KementerianPertanianIndustriAsasTani
#moa #ourfoodourfuture #nanas #pekebun 
#lpnm #lpnm60tahun #paritghani


** mood syukur....


Iklan Jawatan Kosong Penerbit Rancangan Gred B29 Di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

9/19/2017 11:10:00 AM 2 Comments

Mia nak war-warkan. Ada kekosongan jawatan di pejabat Mia. Kepada sesiapa yang layak, bolehlah hantar permohonan ya...




JAWATAN : PENERBIT RANCANGAN GRED B29
TARAF JAWATAN : SAMBILAN
KADAR UPAH : GAJI HARI/RM 72.00 SEHARI
TEMPOH PERKHIDMATAN : 3 Bulan
KEKOSONGAN : 1 Kekosongan
PENEMPATAN : Unit Komunikasi Korporat


SYARAT LANTIK
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan;
  • diploma dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


DISKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab membuat rakaman, video-video pendek dan grafik berkaitan industri nanas bagi setiap program LPNM.  Menjalankan tugas memungut, menyunting, merekod dan memproses video lain-lain tugas yang diarah dari masa ke masa.


NOTA
Keutamaan calon;

  • Biasa mengendalikan rakaman & suntingan video
  • Berkebolehan menghasilkan video yang menarik dan interaktif
  • Mempunyai lessen memandu dan kenderaan sendiri


TARIKH TUTUP PERMOHONAN
25 September 2017


Untuk selanjutnya, sila klik SINI.


** semoga berjaya...


Permohonan Kemasukan MRSM 2018 Bagi Tingkatan 1 & Tingkatan 4

9/19/2017 08:30:00 AM 5 Comments


Untuk makluman dan hebahan dari blog ini.

MARA mempelawa calon-calon yang berminat untuk memasuki Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di MRSM bagi tahun 2018. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar.

Permohonan dibuka secara online mulai 19 September 2017 sehingga 31 Oktober 2017.

Sila layari portal rasmi MARA di http://www.mara.gov.my


** semoga berjaya...


Monday, September 18, 2017