Hmmm... Blogger telah pun memperkenalkan widget follower baru, Google+ Followers. Dulu pernah kata akan tutup widget follower Google Friend Connect. Sayangnya kat semua follower Mia. Mia ada beritahu di SINI semasa semua blogger sibuk buat Google Plus account pada masa itu.

Nak printscreen sekejap sebelum ianya hilang...


Hmmm... Mia sebenarnya baru sahaja masukkan Google+ Followers ke dalam blog pagi tadi. Jom ramai-ramai kita buat.... pssstt sila klik pada gambar untuk besarkan ya...

Add A Gadget. Pilih Google+ Followers New!

Wajib tukar dulu kepada Google+ profile. Kemudian barulah boleh masukkan Google+ Followers yang baru ni.

Mula-mula ada keluar 2 pula di blog Mia. Pelik. Lepas Mia usik-usik sedikit mana yang patut. Terus ada 1 sahaja. Leganya. 

Terima kasih kepada Taliff yang sudi tolong tengokkan pagi tadi. Mula-mula dia pun nampak 2 yang keluar, lepas tu baru nampak 1.

Mia ada ubah setting data height kepada 200. Supaya tidak tinggi sangat.

Juga ubah width kepada 300. Supaya ngam-ngam duduk kat side bar.

Inilah hasilnya....

Kepada blogger-blogger yang belum buat, silakan pasang widget ini. Kena sentiasa update dengan perkembangan semasa. Jangan lupa Add Mia di Google+ Followers ini ya... peace (^_^)

p/s: sayangnya kat follower blog yang dah nak hampir 9000 ni...