Memang dah lama sangat dah spec yang Mia pakai ini. Dulu buat akhir tahun 2006. Bagus guna spec ini sebab ada transition. Sofea pula sekarang suka main dengan spec, pantang leka je, mula la dia capai. Tu yang spec ni dah tersenget. Asyik-asyik pergi kedai cermin mata depan office pergi betulkan.

Nak dijadikan cerita, dah sebulan Mia asyik sakit kepala sebelah kiri berdenyut-denyut. Dah lama-lama baru rasa power mata mungkin dah naik. Bila belajar programming memanglah memeningkan ditambah pula dengan kerja di office. 

Oleh kerana tidah tertahan menanggung rasa sakit kepala yang selalu menyerang, Mia pun pergi cuba check kat kedai Eye Station di Taman Universiti minggu lepas. Lah patutla rupanya power mata kiri dah naik sedikit. Mia beli spec biasa sahaja, tiada transition. Jumlah semuanya RM 180.00. Mia dah biasa dengan kedai ini sejak dulu lagi, masa sebelum kahwin.

Semalam petang lepas balik kerja, terus ambil spec yang baru, yang warna hitam. Yang warna coklat tu yang lama. zasss...




p/s : baru lega sedikit nak baca buku dan ngadap komputer...