Bagi menyokong blogger Mimi (http://www.rafinamimi.com), Mia pun nak sertai bloglist kategori ibu-ibu. Lepas ini, boleh lah menjalinkan hubungan erat antara ibu-ibu yang menjadi blogger part time.

Seperti biasa, tentulah ada syarat-syaratnya. Jom tengok apa dia?

1- mesti menjadi follower untuk blog aku yang tak seberapa ni..uhuksss
Mia memang dah lama follow blog Mimi ni. Jenuh juga nak tekan butang seterusnya, nak cari juga Mia di mana. Dekat berbelas jugalah menekan, memandangkan follower Mimi dah lebih daripada 1000. Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya.


2- mesti ada anak..suami..hehe
Mia baru ada seorang anak sahaja, namanya Nur Rsofea. Panggil Sofea je. Dan juga punyai seorang suami. Kedua-dua inilah buah hati dan cinta Mia. Love them so much!


3- rajin masak..ahaksss
Uikkk! yang ni taklah berapa sangat pandai masak tapi boleh lah juga. Main campak-campak aje.

entri terkini tentang masakan

4- tegas dalam mendidik anak-anak..hihihi
Hmmm.. macam mana nak terangkan ya? Mia ni taklah tegas sangat. Sedang-sedang aja. Pengalaman pun tak berapa banyak. Maklumlah baru anak seorang.

entri terkini tentang perkembangan sofea

5- haa..ini syarat yang paling penting ye..bloglist untuk ibu-ibu ni hanya di buka untuk 10 ORANG SAHAJA..kalau tak dapat 10 pun,lapan pun takpolah..asalkan ada yang sudi join..
Yang ni tak pasti pula, sempat ke tak? Tapi cuba jugalah.

6- Lepas siap buat entri,teruskan saja meletakkan link entri anda kat komen entri ni ye..
Ok. Ditanggung beres.



Sesiapa yang terasa tergolong dalam kategori ibu, boleh lah ikut sama join Bloglist Kategori Ibu-Ibu di RafinaMimi.com

Siapa sangka ramai juga blogger-blogger yang berstatus ibu. Hidup kaum ibu! Kunci utama keluarga bahagia.