Mia lebih gemar kalau ayam masak kicap ini, terlebih dahulu ayamnya digoreng separuh. Lebih sedap rasanya, ayam pun rasa kental. Kegemaran kami sekeluarga. Sekali makan pasti nak tambah lagi.

Ayam perlu digaulkan dengan kunyit dan garam sebelum goreng. Selepas separuh masak, ayam diangkat dan ditoskan. Rencah yang telah ditumbuk (halia dan bawang besar) digoreng bersama rempah tumis dan hirisan bawang sehingga naik bau. Jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng tadi, digaul dengan sebati. Akhir sekali, tambah kicap ikut selera masing-masing. Boleh juga dicampur dengan bahan-bahan lain seperti cili. Mia lebih suka tambah kentang. Kentang betul-betul favourite Mia.







Selepas dihidang, dimakan pula bersama nasi. Lauk ayam kasak kicap enak dinikmati.

p/s : Mia sekarang tidak masak pedas... Sofea boleh makan sekali.