Hujung minggu memang selalu bawa Sofea keluar. Kebetulan suami Mia nak beli baju t-shirt beberapa helai, apalagi destinasi yang dituju ialah Jusco Bukit Indah. Keluar rumah pukul 8.00 malam dan pada masa yang sama Jusco sedang sales. Dapatlah diskaun. 

Sofea pula sekarang dah tidak berapa suka kalau duduk dalam troli lama-lama. Mulalah merengek nak keluar jalan sendiri. Bila dilepaskan, ke sana sini dia berlari. Cuit orang sana, cuit orang sini. Jenuh juga nak kejarnya.

Tup-tup ada promoter yang dukung dia. Agaknya suka tengok karenah Sofea yang sangat peramah. Jom kita tengok saat Sofea beramah mesra dengan promoter-promoter di situ. zassss...








Selepas suami Mia selesai memilih baju, kami terus bawa Sofea pergi ke kaunter bayaran. Sofea siap bye-bye lagi kat kawan-kawan baru dia tu dengan senyum yang gembira.