Nasi lemak memang kegemaran suami Mia. Boleh dimakan dengan sambal, timun, bilis goreng dan telur dadar. Surirumah yang bekerja tentulah nak masak yang mudah. Bila balik sahaja kadang-kadang dah bungkus lauk, tinggal masak nasi je.

Kali ini Mia masak nasi lemak sahaja. Bahan-bahannya ialah beras, santan, halia, garam dan halba. Masa masak nasi lemak ini, bila dah nak tanak kena gaul-gaul supaya santannya sekata. Barulah rasa sedap. Jangan lupa bubuh garam secukup rasa.

Jom tengok zass...







Hmm... bau pun dah rasa sedap... Bila dimakan lagilah enak dan mengenyangkan. Tidak sesuai untuk mereka yang ingin berdiet.