Mia tahu ramai yang sudah tengok filem ini. Mia hanya baru berkesempatan pergi tengok wayang hari Ahad, 3 April 2011 di MBO, U Mall. Dah lama bertangguh. Masa mula-mula ditayangkan pada 10 Mac lepas, Mia amat sibuk dengan assignment.

Mia pergi berdua dengan suami. Mia memang suka tengok cerita macam ni. Bila dah habis, best betul la cerita ini, rasa macam tak puas pula sebab rasa masa tu macam sekejap sangat.  Penuh dengan babak yang menarik dan tidak membosankan kalau di tonton banyak kali. Bukan senang nak buat filem yang jenis macam ini. Pendek kata terbaik lah! Tapi sayang betul, heronya mati... Nak buat macamana, dah sejarah kata macam tu.



Ucapan syabas kepada KRU kerana telah berani membuat filem yang boleh dibanggakan di Malaysia malah boleh berjaya di pasaran antarabangsa.

p/s : masa tengok filem ni, teringat Sinbad dan Jack Sparrow.