Hmm...udang ni nak masak apa ya. Mia masak yang simple je. Keluarga suami Mia memang suka sangat makan udang. Kali ini, Mia masak udang goreng kunyit. Udang dilumur dengan kunyit dan garam, lepas itu diperap sekejap. Kemudian goreng kesemua udang itu. Lepas selesai, Mia toskan minyaknya. Goreng pula bawang besar, bawang putih dan halia sampai garing. Kemudian, toskan minyaknya.

Akhir sekali, gaulkan kesemuanya di dalam kuali dengan minyak yang sedikit. Dah siap masak, terus hidang dalam mangkuk. Sedap bila dimakan masa panas. Terpulang kalau nak pelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.

Jom tengok... zassss....










p/s : sila tambah cili kalau ingin rasa pedas....