Rasanya selama ini Blogger.com tak pernah pun buat maintenance sampai 2 hari. Selalunya sekejap sahaja beberapa jam. Mia dapati bila dah pulih semula, banyak komen-komen telah hilang. Pergi mana ya?

Memanglah Mia dah ada domain sendiri tetapi masih lagi menggunakan Blogger.com untuk masukkan entri. Kalau tukar hosting lain pada masa itu, Mia risau takut entri-entri yang lepas hilang begitu sahaja.


Entri Cek Nuffnang ini telah pun mendapat 11 komen sebelum ini. Tiba-tiba sudah tinggal 2 sahaja. Mia belum sempat nak balas komen untuk entri ini.

Entri kempen undi Mia pula, pun banyak yang tiada, di harap peserta kempen dapat komen semula.

Di harap pengunjung tidak berkecil hati sekiranya komen yang telah dibuat di mana-mana entri dalam blog ini telah tiada. Silalah komen semula. Ini adalah kesan daripada maintenance yang dibuat oleh Blogger.com.

Blogger-blogger lain macam mana ya? Hilang komen tak? Cuba check...

p/s: sedihnya.. banyak komen dah hilang....