Ada masa seminggu lagi sebelum tarikh tutup undian dibuat pada 20 Jun 2011. Pelbagai usaha telah Mia lakukan termasuk berkempen ke sana sini tak kira di Facebook atau Twitter, bekerjasama dengan beberapa blogger lain, membuat fan page dan cenderahati. Kalau dilihat, Mia masih lagi di rank ke 3 setakat ini. Sokongan anda semua amat Mia perlukan di saat ini. Satu undian amat bermakna. Ternyata blogger yang di rank 1 dan 2, bukan calang-calang orang dan blogger di rank ke 4, 5, 6 pun berlumba-lumba untuk naik ke atas. Sesungguhnya, persaingan amat hebat di dalam kategori Blogger of the Year ini. Macam-macam boleh berlaku dalam tempoh 7 hari. Undian yang menentukan segalanya.

Mia harap anda sebagai pengunjung blog Mia ini dapat menyumbangkan undian dan LIKE fan page mialiana.com supaya senang Mia nak kenali anda. Cara-cara mengundi ada di ruangan side bar kanan blog ini. Mia takkan lupa jasa dan pengorbanan yang diberikan.

Undilah Mia setiap hari sehingga 20 Jun 2011 ini. 1 undi 1 hari untuk Kategori Blogger of the Year DiGi WWWOW Awards. Terima kasih banyak-banyak di atas sokongan pada daripada anda.