Alhamdulillah, lega rasanya bungkusan yang Mia hantar semalam ada yang telah selamat sampai ke rumah peserta-peserta kempen. Ada juga yang belum.

Seterusnya, diharap peserta-peserta kempen dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya bagi meneruskan tugasan yang kedua pula.

  1. Menghantar gambar-gambar (boleh lebih dari 1) yang diambil bersama t-shirt dan pelekat kereta ke eli_liana78@yahoo.com. Seeloknya bergambar dengan sticker kereta yang telah ditampal di kereta masing-masing. Tunjukkanlah keceriaan dan terpulang pada kreativiti samada ingin bergambar bersama rakan atau keluarga.
  2. Membuat sticky post entri sehingga 20 Jun 2011 dengan memasukkan gambar-gambar tadi dan membuat promosi kempen kepada pengunjung blog. Bebas untuk mengarang apa sahaja.
  3. Memasukkan video promo Mia http://www.youtube.com/watch?v=rdA9ke7WKbI di akhir entri anda.
  4. Akhir sekali, memasukkan link entri anda tadi ke dalam ruangan komen entri ini.
Terima kasih sekali lagi kerana sudi menjadi peserta kempen dan membantu Mia membuat promosi di kalangan blogger. Kerjasama semua peserta amat Mia hargai.