Petang-petang macam ni, begitu terasa betul debarannya. dup.. dap.. dup.. dap..  Sebagai salah seorang dari 6 finalis terakhir tentu macam-macam yang difikirkannya. Harapan tetap ada walaupun sukar. Apa tidaknya, Mia tidak pernah menghadiri mana-mana event besar macam DiGi WWWOW Awards. 

Kategori Blogger of the Year memang mempunyai saingan yang sangat kuat dan sengit. Kali terakhir Mia berada di rank ke 3 sebelum 2 minggu tarikh tutup undian. Selepas itu, ranking menjadi rahsia dan hanya penganjur sahaja yang tahu.

Persiapan Mia biasa sahaja. Mia ambil cuti 2 hari untuk esok dan lusa. Esok pagi-pagi, Mia dan Suami akan bertolak ke Kuala Lumpur dan dijangka sampai waktu tengahari. Kami menginap semalaman di Hotel Vistana Kuala Lumpur ( berdekatan dengan Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC) ). Memandangkan temanya adalah kasual, Mia hanya mengenakan baju blouse dan seluar jeans. Simple sahaja penampilan Mia. Mia ini biasa-biasa aja orangnya. Tak lah famous macam blogger-blogger lain yang sangat hebat. 

Rasa bersyukur sangat berada dalam finalis 6 terakhir Blogger of the Year dan sebagai penghargaan kepada blog ini yang mendapat sokongan padu dari kalangan ahli keluarga, blogger, rakan sepejabat, staf dan pelajar Open University Malaysia, rakan-rakan Facebook, rakan-rakan Twitter dan sesiapa sahaja yang mengundi untuk mialiana.com.

Apa-apa pun keputusan muktamad di tangan penganjur. Kita tunggu dan lihat nanti....