Semalam... balik rumah sahaja, Mia tengok dalam peti surat ada surat dari HSBC. Masuk rumah cepat-cepat terus buka surat. Alhamdulillah, Mia dapat cek ke-4 dari Nuffnang. Mia cashout tempohari pada 30 Mei 2011.

Senyum lebarlah, apa tidaknya minggu depan hendak ke Kuala Lumpur. Dapat jugalah duit belanja untuk ke sana. Berblogging sebenarnya dapat dijadikan pendapatan sampingan. Kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jangan terlalu mengejarkan sesuatu secara mendadak.... yang penting perlu konsisten dalam apa jua sekalipun setiap hari samada buat entri, blogwalking, follow blog orang, komen entri dan lain-lain. Mula-mula memang orang tidak kenal kita, nanti lama-lama orang akan kenal kita dan trafik akan datang dengan sendirinya... Blogging lah dengan ikhlas...