Petang tadi, Mia sertai latihan menari poco-poco di pejabat. Lokasinya di ruang legar Bahagian Pemasaran dan Promosi. Semalam, bila dengar sahaja, ada latihan hari Jumaat petang, sukanya. Yang ajar pula rakan sepejabat yang baru balik dari Induksi Umum di Institut Latihan FAMA, Port Dickson. Tak sangka untuk aktiviti riadah, mereka telah diajar menari poco-poco di sana. 

Fauzan yang mengetuai sesi latihan pertama ini, alhamdulillah ramai juga yang sudi hendak belajar menari poco-poco. Mula-mula memang susah sedikit, sebab langkah kaki yang ke depan kebelakang ke kiri dan ke kanan.  Lama-lama... Mia dah boleh ikut stepnya mengikut rentak. Selepas dah pandai step kaki, mulalah gayakan dengan lenggang dan lenggok tangan. Kadang-kadang bila tersalah step boleh juga berlaga dengan rakan lain.

Apa-apa pun memang seronok belajar benda baru. Berpeluh-peluh lah juga. Latihan hanya untuk satu jam sahaja. Tapi dah rasa macam penat sangat.

Jom tengok kami menari poco-poco. zasssss..







p/s: tarian juga merupakan senaman yang baik untuk kesihatan kita. Sihat dan cergas!