Alhamdulillah, selesai sudah Final Exam Semester Mei 2011 untuk 3 subjek dalam tempoh 4 hari. Agak stress kali ini, memandangkan masa seakan tidak mencukupi untuk persediaan rapi. Selepas paper yang pertama, Mia agak demam sedikit, dalam 38 darjah Celsius. Nak makan ubat tentulah tidak digalakkan, takut overdose, Mia hanya makan vitamin C dan supplement lain. Kepala memang terasa berat, dugaan betul pada masa itu.

Mia dah sedaya upaya menjawab soalan final exam. Ada juga yang Mia ragu-ragu... yang penting jawab semua. Doa sangat agar yang menanda jawapan paper Mia ni lembut hati nak bagi markah. 


Jom tengok gambar masa Mia ambil awal pagi semalam. zassss...

Tempat Mia belajar sebelum masuk ke dalam Dewan A di tingkat 2 

Pemandangan di waktu pagi dari tingkat 2. Sangat menyejukkan.

p/s: tak sabarnya... ada lagi 5 subjek sebelum tamat pengajian..