Alhamdulillah, semalam Mia telah menghadiri MRT Logo Contest - Prize Giving Ceremony yang disampaikan Oleh Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat di 1 Sentral, Kuala Lumpur pada jam 12.00 tengahari.

Pagi-pagi lagi, Mia dan suami menaiki bas ekspress jam 6.30 pagi dan sampai di Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan jam 10.45 pagi dan menaiki KLIA Transit pada jam 11.15 pagi untuk sampai ke KL Sentral. Wah.... semuanya kami menggunakan pengangkutan awam. Mia amat kagum. Dulu lain sekarang lain. Sistem pengangkutan awam kini semakin bersistematik berbanding masa dulu tahun 2002 (sebelum Mia berpindah kerja di sektor kerajaan di Johor Bahru).

Hari yang penuh bermakna dalam hidup Mia. Siapa sangka terpilih menjadi salah seorang daripada 21 orang pemenang MRT Logo Contest (berdasarkan kepada undian tertinggi dan judging session). Mia mendapat tempat ke 3 dalam Consolation Prize. Syukur sangat-sangat.

Yang bestnya Mia sekarang dah mempunyai beberapa kawan dari kalangan designer... best kan? Bukan senang nak dapat kawan yang sama bulu dengan kita. Mia telah berkenalan dengan Emily, Hazizul dan Afif. Mereka ini merupakan graphic designer yang hebat. Boleh lah Mia minta nasihat mereka selepas ini.

Macam biasa, jom tengok gambar-gambar yang sempat diambil semalam. zas........













Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang telah menjayakan MRT Logo Contest ini. Mia juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan blogger, twitter dan Facebook yang mengundi untuk logo MRT Mia. Begitu juga, dengan  rakan-rakan sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar OUM, teman sepejabat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Tanpa anda semua, Mia tidak akan sampai ke tahap ini. Dan paling penting sekali, sokongan padu dari ahli keluarga Mia dan suami Mia.

p/s: rezeki anak.... birthday Sofea yang lahir pada 07.08.09 bersamaan dengan tarikh tutup MRT Logo Contest ini...