Terkadang kita sayang nak buang minyak masak yang telah diguna. Baru sahaja guna 3 kali, dah pekat dan likat. Sebenarnya boleh diguna untuk 2 atau 3 kali lagi. Selalunya minyak digunakan untuk menggoreng ayam, french fries dan nugget. Sekali goreng, penuh satu kuali.

Jadi untuk mencairkan minyak ini, kita gunakan halia. Halia dipotong dan digoreng sehingga garing. Cuba perhatikan, lama-lama minyak menjadi cair. Kemudian, keluarkan halia yang telah garing tadi, dan bolehlah guna minyak tadi untuk menggoreng makanan lain. Mudah dan senang...

Selamat mencuba! 









Mungkin ada cara lain untuk cairkan minyak masak, tapi inilah yang diajar oleh Mak Mia sendiri.