Mood terus hilang bila tengok soalan assignment dah keluar. Alamak.. dah tiba masa untuk belajar ni walaupun kelas belum bermula. Nasib baik lah baru keluar soalan assignment untuk subjek Entrepreneurship. Kemudian, terus download soalan ini dan baca-baca dulu untuk fahamkan soalan. Tiba-tiba mata terus jadi ngantuk.... Dugaan betul.

Biasanya, soalan assignment akan keluar beberapa hari sebelum kelas bermula. Tapi kali ini rasa macam terlalu awal. Soalan assignment untuk 2 subjek lagi, belum keluar. Lega sedikit.. 

Nampaknya selepas ini, kena rajin-rajin sentuh buku, belajar dulu topik yang ada kaitan dengan soalan assignment. Bila datang kelas nanti, senang nak tanya lecturer mana-mana yang keliru. Yang penting kena tanya, tak boleh malu-malu dalam kelas... nanti rugi.