Nampaknya ada 2 blog lagi yang menjadi pilihan Mia kali ini. Mia dengan berbesar hati telah pun membuat banner yang simple untuk 2 blog ini sempena blog Mia yang telah melebihi 6000 followers. Harap design yang simple ini dapat diterima dengan gembiranya.


Blog monolog.dalam dipunyai oleh Suzlin, seorang isteri yang masih belajar. Mia jumpa Suzlin semasa sesi SENYAP tempohari. Bercita-cita mempunyai 3 orang anak dan blog ini bermula pada Januari 2011.



Mia baru sahaja berkenalan dengan blogger Farra ini. Gambar di dalam banner merupakan wajah segar Farra semasa workshop Maybelline dengan mengenakan make G.I JANE. Berkecimpung dalam blog sejak Julai 2009 lagi.

Fail softcopy banner telah pun diemelkan. Diharap banner ini dapat digunakan sepenuhnya oleh Suzlin dan Farra. Mia ucapkan "All the best. Semoga berjaya di dunia blogging yang penuh dengan cabaran ini".

p/s: jom kenal-kenal dengan mereka.....