Balik-balik sahaja dari tengok Filem LIBAS semalam... Mia pun tengok post box, kalau-kalau ada  surat ke... Eh! Ada parcel lah. 

Yessss! Dah sampai dah. Sukanya. Terima kasih ya Sengat. Sudi hantar cash voucher pada Kak Mia ni. Terharu betul...

Kisahnya begini, tempohari Sengat ada buat event kat Facebook tanya kalau ada sesiapa nak cash voucher, kebetulan suami Mia tengah online.. Apalagi pucuk dicita ulam mendatang, suami Mia terus sms kan alamat rumah.. Memanglah ada minta lebih. Tak sangka pula banyak betul lebihnya...

Blogger Sengat salah seorang admin dalam group Johor Blogger. Memang sangat sibuk orangnya. Maklumlah kerja di bidang event management. Sehingga kini Mia belum pernah jumpa dia lagi. Hanya bertemu di alam maya sahaja. Baik betul hati Sengat ni... Terima kasih banyak-banyak ya....


Jom tengok sekejap... zass...




p/s: ada juga dapat voucher lain, tapi 2 jenis voucher ni lah yang paling menambat hati Mia....